...Malam pabila rindu ku bertambah sedih
Pabila hati ku menjadi pedih
Datanglah sehitam-hitam kenangan
Yang masih bersarang,masih berdarah
Menjelmalah wajah-wajah keriangan dulu
Episod yang tiada hujung, tiada penamat
Bagai menunggu sinar cahaya
Nan indah memancar gelora sang perindu
Atau hanya aku masih menjadi penanti...
Kelam, dingin
Pabila malam menghiasi bumi,
Tanpa Rembulan disisi
Dan aku masih lagi disini
Thursday, August 25, 2011
Monday, August 22, 2011
Tiada Kata Secantik Bahasa
Tiada kata secantik lukisan jiwa
Kukuh ia berdiri di atas paksi kejujuran
Selembar ia berkata, benar di hatinya
Luluh nuraninya
Terbuka liang rohaninya
Bait-bait diungkapkan senada dengan lagu
Indah bak irama,puitis bak seloka
Seperti bermadah pada keindahan maya
Yang menyajikan panorama berwarna
Nukilan itu yg dibawa
Untuk ku buktikan pada yang kasih
Untuk ku ucapkan rasa berterima kasih
Namun harus aku,
Mengertikannya bahawa lukisan ini bukan untuk dibaca
Keindahan ini bukan bagi yg berduka
Tapi kata kata hanya gambaran hati
Yg sampai bila pun masih sunyi...
Masih jua sunyi
Tiada kata secantik bahasa,
Padamu aku cuba bersuara
Menyatakan kasih
Bukan berduka lara
Tiada bandingan tiada perbezaan
Kerana dengan kata hanya membuai mesra
Terjalin ikatan dua hati bersuara
Yang mana bakhil yang mana benar
Tak terjangkau oleh manis kata kata
Yg dirasa tetap dewa mustika
Penaklukan sanubari oleh susunan indah kata
Moga terpahat utus mesra
Dan kita berdua memadu kasih sahaya berkata
"Cinta dan sayang hanya milik kita"
Kukuh ia berdiri di atas paksi kejujuran
Selembar ia berkata, benar di hatinya
Luluh nuraninya
Terbuka liang rohaninya
Bait-bait diungkapkan senada dengan lagu
Indah bak irama,puitis bak seloka
Seperti bermadah pada keindahan maya
Yang menyajikan panorama berwarna
Nukilan itu yg dibawa
Untuk ku buktikan pada yang kasih
Untuk ku ucapkan rasa berterima kasih
Namun harus aku,
Mengertikannya bahawa lukisan ini bukan untuk dibaca
Keindahan ini bukan bagi yg berduka
Tapi kata kata hanya gambaran hati
Yg sampai bila pun masih sunyi...
Masih jua sunyi
Tiada kata secantik bahasa,
Padamu aku cuba bersuara
Menyatakan kasih
Bukan berduka lara
Tiada bandingan tiada perbezaan
Kerana dengan kata hanya membuai mesra
Terjalin ikatan dua hati bersuara
Yang mana bakhil yang mana benar
Tak terjangkau oleh manis kata kata
Yg dirasa tetap dewa mustika
Penaklukan sanubari oleh susunan indah kata
Moga terpahat utus mesra
Dan kita berdua memadu kasih sahaya berkata
"Cinta dan sayang hanya milik kita"
Monday, August 15, 2011
# malam bila terdengar guruh di langit
..Bismillahirrahmanirahim, cerita yg punah biarpun telah lama melayar adalah titik tolak utk aku bangkit menentang Jahiliah dlm diri. Begitu lah adanya takdir bagi seseorang yg harus aku hayati bahawa bukan suatu yg mustahil mengubah pendirian yg terbina oleh egois. Dicantum dengan perasaan bersalah membuahkan irama penyesalan pada tuhan.Yakinlah aku bahawa Allah itu Maha Mengetahui.dan bila berseorang di dalam kotak ruang sesempit ini, hati aku terpanggil untuk melebarkan rasa bersalah aku pada seseorang yang pada aku adalah Pemberian Tuhan untuk menguji hambanya. Ternyata kesilapan dulu tidak jua memberi kesan kebaikan malah jelas ia satu kekecewaan. Guruh di langit makin lama, makin kuat dentumannya, seolah-olah memberi peringatan berkali-kali pada hambaNya yg leka ini. Ku biarkan hari-hari kini memamah riang-riang usang yg tak ingin aku ingati lagi. Membiarkan yang berlalu mungkin mudah tapi mengulanginya adalah bodoh. Titik tolak ini biar ku jadikan pengajaran,dan mungkin yang terakhir. Sesungguhnya, 'syg' aku amatlah bersalah padamu, dan kesalahan aku ini amatlah besar walau berkali-kali ku nyatakan kemaafan ia tak mungkin dapat diubah lagi. Syg, maafkanlah aku. Aku berdosa padamu. ...
Tuesday, August 9, 2011
..hujan rintik di kelopak sana"
..Hari ini minggu ke dua puasa. Aku berada di Setiawangsa, dalam suasana kekacauan di kepala, panas tengah hari itu membuatkan aku sedikit pening. Dalam mengejar masa yg kian menghimpit,mengejar produksi aku yg begitu payah meninggi. Sehingga kadang kadang membuatkan aku penat sendirian, kdg2 dada ku bergOncang kuat,darah ku mengalir laju, tatkala itu juga kepala ku mudah membuka ruang dimensi khayalan. Hari ini, dlm kepenatan itu aku menghayati lukisan langit nan mendung.Cantik.Indah. Khayalan ini membuatkan aku hilang sejenak dari rasa kepayahan kerja, kepenatan menghambat masa, kerisauan dlm konteks hidup semuanya lenyap. Tetiba, air langit mencurah. Dan rintik rintik hujan menghiasai kelopak mawar. Membuatkan aku senyum sendirian
..sesuatu yg tertinggal
Bila ku terlintas pasal blog- aku akan teringat tentang seseOrang, yg banyak mencOrakkan kelaianan pada lukisan kanvas hidup ini. Bagaimana dengan dirinya sekarang, dan bila aku membuka ruangan blog selintas perasaan ku pada diri nya bagaikan ada sesuatu yg tertinggal..
Monday, August 8, 2011
hari ini ku menulis
...Salam Ramadhan buat sekian kali nya lagi,telah lama aku tdk membahasakan pusaka jiwa pada lembaran skrin papar ini.Walau jauh meninggalkan masa lalu,aku tiada rasa perjalanan masa yg makin menghimpit usia tua ku.Tersedar kini masa lalu yg tertinggal sungguh sia-sia, dan aku telah rugi dalam pengisian hidup.Telah banyak masa yg ku buang dengan keanehan pengalaman hidup.Dan manusia itu "demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian sebenarnya, melainkan..melainkan pada mereka yg beriman dan beramal sOleh". Hari ini aku menulis utk menyatakan rasa kesalku pada diri,rasa kesal ku pada pengurusan hidup ini..semOga aku lebih beringat ingat pada diriku sendiri bahawa aku ini mempunyai misi yg masih belum ku lunas kan. Buat sekian kali nya aku menulis
Subscribe to:
Posts (Atom)