..Bismillahirrahmanirahim, cerita yg punah biarpun telah lama melayar adalah titik tolak utk aku bangkit menentang Jahiliah dlm diri. Begitu lah adanya takdir bagi seseorang yg harus aku hayati bahawa bukan suatu yg mustahil mengubah pendirian yg terbina oleh egois. Dicantum dengan perasaan bersalah membuahkan irama penyesalan pada tuhan.Yakinlah aku bahawa Allah itu Maha Mengetahui.dan bila berseorang di dalam kotak ruang sesempit ini, hati aku terpanggil untuk melebarkan rasa bersalah aku pada seseorang yang pada aku adalah Pemberian Tuhan untuk menguji hambanya. Ternyata kesilapan dulu tidak jua memberi kesan kebaikan malah jelas ia satu kekecewaan. Guruh di langit makin lama, makin kuat dentumannya, seolah-olah memberi peringatan berkali-kali pada hambaNya yg leka ini. Ku biarkan hari-hari kini memamah riang-riang usang yg tak ingin aku ingati lagi. Membiarkan yang berlalu mungkin mudah tapi mengulanginya adalah bodoh. Titik tolak ini biar ku jadikan pengajaran,dan mungkin yang terakhir. Sesungguhnya, 'syg' aku amatlah bersalah padamu, dan kesalahan aku ini amatlah besar walau berkali-kali ku nyatakan kemaafan ia tak mungkin dapat diubah lagi. Syg, maafkanlah aku. Aku berdosa padamu. ...
No comments:
Post a Comment