Tiada kata secantik lukisan jiwa
Kukuh ia berdiri di atas paksi kejujuran
Selembar ia berkata, benar di hatinya
Luluh nuraninya
Terbuka liang rohaninya
Bait-bait diungkapkan senada dengan lagu
Indah bak irama,puitis bak seloka
Seperti bermadah pada keindahan maya
Yang menyajikan panorama berwarna
Nukilan itu yg dibawa
Untuk ku buktikan pada yang kasih
Untuk ku ucapkan rasa berterima kasih
Namun harus aku,
Mengertikannya bahawa lukisan ini bukan untuk dibaca
Keindahan ini bukan bagi yg berduka
Tapi kata kata hanya gambaran hati
Yg sampai bila pun masih sunyi...
Masih jua sunyi
Tiada kata secantik bahasa,
Padamu aku cuba bersuara
Menyatakan kasih
Bukan berduka lara
Tiada bandingan tiada perbezaan
Kerana dengan kata hanya membuai mesra
Terjalin ikatan dua hati bersuara
Yang mana bakhil yang mana benar
Tak terjangkau oleh manis kata kata
Yg dirasa tetap dewa mustika
Penaklukan sanubari oleh susunan indah kata
Moga terpahat utus mesra
Dan kita berdua memadu kasih sahaya berkata
"Cinta dan sayang hanya milik kita"
No comments:
Post a Comment