Hari ini Ahad 20.11.2011 ..Hari Ahad penghulu segala hari bagi Kaum Kaum Nasrani.
Ironinya Ahad adalah simbol permulaan bagi Aku. Pertama.
Apakah hari ini cukup istimewa untuk dijadikan permulaan pada yg baru?
Hari ini semua menceritakan mengenai Tarikh. Keramat kah sesuatu tarikh?
Bagi pendasar Sejarah, tarikh adalah tidak menjadi suatu yg sangat penting,
Tapi kronologi sesuatu kejadian itu diambil kira. Maksudnya kita tidak meletakkan sesuatu tarikh untuk menjadi tajuk utama tapi yang paling berharga adalah Apa isi kandungannya. Contoh, adakah kamu tahu pada tarikh berapa Bahtera Nabi Nuh mula belayar? Tarikh berapakah ia terdampar? Kalau tarikh dianggap paling utama, sudah tentulah ia akan dicatat dalam Al-Quran. Tapi kita masih percaya ia nya benar berlaku. Dan kita faham ia nya berlaku selepas Pemerintahan Adam, Idris dan sebelum lahirnya Musa, Isa.. Jadi di sini kita faham bahawa perjalanan masa kejadian itu kita boleh terima dengan akal yg terbuka.
Hari ini aku masih berada pada mnemori memori yang indah. Saban hari yang berlalu menjadi inti pati sehingga ke hari ini dan menjadikan aku lebih tabah, lebih faham tentang penghidupan. Sesungguhnya, keampuanan pada segala manusia yang telah ku lewati membuatkan jiwa dan kalbuku lebih tenang. Moga ia akan menjadi rentetan hati menuju kearah kebersihan yang total. Aku bersyukur ke hadratMu ya Allah...Memberi Keampunan dan KeredhaanMu menjadi permintaanku pada saban waktu. Lindungilah diriku ini daripda dosa dan nista. Amin!
No comments:
Post a Comment